AHLAN WAHSAHLAN..

Thursday 18 July 2013

keistimewaan hati wanita...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...


Jika seorang wanita benar-benar sudah jatuh hati  kepada seseorang ,,

Jika seorang wanita benar-benar sudah menyayangi seseorang

Maka dia akan menghabiskan banyak waktu untuk selalu mengingat orang yang disayanginya.

Tak jarang seorang wanita akan rela berkorban apa saja demi orang yang dicintainya. 

Maka tak salah jika ada sebuah ungkapan :
" SESIBUK APAPUN SEORANG WANITA, DIATAKKAN PERNAH LUPA MEMIKIRKAN SERTAMENGINGAT ORANG YANG DI SAYANGINYA."

Itulah istimewanya kaum wanita yang begitu jarang dimiliki kaum lelaki.

Ada sedikit pesan bijakUntukmu wahai kaum lelaki :

Jika engkau telah memiliki hati seorang wanita.

Jika engkau telah memiliki cinta seorang wanita.

Maka jagalah hati dan perasaannya.

Maka jagalah ketulusan kasih sayangnya.

Maka jagalah untuk memuliakan hidupnya.

Maka jagalah kehormatannya.

Berusahalah untuk tidak menyia-nyiakan cintadan kasih sayangnya.

Buatlah hidupnya merasa lebih berarti ketika bersamamu.

Kerana itulah yang akan membuat wanita merasa tentram hatinya.


Berikut adalah berbagai Keistimewaan Wanita Dalam Islam :

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah Saw akan hal tersebut, jawab baginda: ‘Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.’ 

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut kepada Allah Swt dan orang yang takut pada Allah swt akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang /makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang memberi hadiah pada anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah Saw) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dengan anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila dipanggil oleh bapa dan ibu bersamaan, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari pintu-pintu mana yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan menjaga ibadahnya kepada Allah swt.

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, ‘Suaminya.’ ‘Siapa pula berhak terhadap lelaki?’ Jawab Rasulullah saw ‘Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya [10,000 tahun].

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah swt.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah swt memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allahswt. 

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat. 

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

23. Wanita yang memberi minum susu (ASI) kepada anaknya akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani suami dengan baik , yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengaruniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi ASI kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Sungguh betapa istimewanya dirimu wahai wanita..

1 comment:

  1. xn--o80b910a26eepc81il5g.online
    wxo88, xn--o80b910a26eepc81il5g.online. 온라인카지노 Website, Website, 카지노 Website. 더킹카지노

    ReplyDelete