AHLAN WAHSAHLAN..

Sunday 11 May 2014

Jangan terlalu berharap wahai hati ...


Jangan berharap pada yang belum pasti
kita tak boleh terlalu pasti
kerana kepastian hanya ada pada Allah.

Apatah lagi soal hati,
yang berbolak balik
lebih cepat daripada air mendidih

Pesan pada hati,
jangan terlalu berharap
jika tiada kepastian kerana
yang perlu kita pastikan bukan hati orang
tapi hati sendiri.

Orang yang keliru dengan perasaan sendiri,
tak mungkin boleh membahagiakan orang lain.

Andai benar ada cinta,
Allah akan tunjukkan jalan,
Andai tiada jodoh 
Allah akan tunjukkan jalan keluar.

Berharap hanya pada DIA yang kuasa,
Bukan sesama manusia.

Kadang-kadang kita tak sedar,
yang menjadi penyebab kekecewaan
bukannya orang
tetapi HARAPAN 
yang kita letakkan pada seseorang

Lalu jangan salahkan orang lain,
sebaliknya muhasabah pada diri sendiri.

Jangan terlalu berharap dalam pencarian,
Serahkan semua pada Dia yang maha Esa.

Terkesan dengan kata-kata ini ?
simpan jadi kekuatan,
kemudian senyum,
INSYAALLAH...