AHLAN WAHSAHLAN..

Saturday 14 November 2015

Cinta kerana nafsu atau cinta kerana Allah?


Cinta kerana nafsu atau kerana Allah? Macam mana nak tahu sejauh mana cinta kita itu? Macam mana nak tau cinta kita itu membawa ke arah baik atau buruk?
Okay, first of all kita boleh tengok macam ni...
Kalau suka seseorang, cuba jauhkan diri dari dia. Time tu baru awak boleh beza awak suka dia sebab nafsu, atau sebab Allah. Kalau suka ikut nafsu, awak tak boleh menjauh dari dia. Ada je rasa tak kena. Takut dia curang atau tinggalkan kita. Kalau awak suka sebab Allah awak akan cuba kawal perasaan. Tak contact, tak berjumpa tanpa sebab.
Lagi cuba nak jauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang satu sama lain, tapi mention nama dia dalam doa tak pernah missed sebab awak tahu hati dia Allah pegang.
Awak percaya Allah Maha Pengatur segalanya? saya percaya. Siapa kita untuk nafikan perasaan yang hadir. Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang. Rujuk pada Dia. Dia pemilik hati manusia. Cinta manusia itu tidak salah, tapi kawal lah dengan iman bukan nafsu.
Jika rindu, titipkan dalam doa inshaallah dia turut merasainya.
Saat lelaki itu sedang kerja keras untuk menghalalkanmu, saat tu juga ada wanita yang mendoakanmu agar dimudahkan urusanmu untuk menghalalkannya.
Mohon Allah jaga. Mohon Allah lindungi. Moga baik baik dalam jagaanNya.

Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu. -imam an-nawawi.


Thursday 12 November 2015

jujur aku rindu..



Jujur aku rindu,
rindu pada seorang insan yang aku cinta,
bibir mudah menafikan,
tapi hati tak pernah menipu,
itu lah hakikatnya.

Saat kau mula menjauh,
hati tertanya-tanya,
dimanakah engkau?
aku rindu,
sungguh aku rindu.

Ingin aku bertanya,
mengapa engkau menjauh?
tetapi aku tak mampu
aku takut,
takut akan kecewa dengan jawapanmu.

Daripada aku luahkan,
lebih baik aku mendiam,
biarlah rindu ini terpendam,
Daripada engkau tahu,
Aku sedang merinduimu..