AHLAN WAHSAHLAN..

Monday 29 July 2013

Tart blueberry saya..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sedar tak sedar hari ni dah masuk 21 ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Tak lambat dah nak raya kan?hehe...haaa sebut pasal raya ni teringat kuih raya pulak. Tahun ni aku ada buat business jugak..hehe..daripada duduk saja dekat rumah tu buat pi la kan boleh dapat duit poket jugak. Business aku ni tak dak la banyak mana buat sikit-sikit ja lagipun buat sorang-sorang letih jugak la den. Eh. dok sembang pasal business pulak lari tajuk yang aku nak share dekat hampa. Actually aku  nak share resepi yang aku buat iaitu "tart blueberry". Dengar macam sedap kan? kalau nak tau sedap ke tak try la buat. Senang ja nak buat tart ni. Nak tau resepi ada dekat bawah.


tart blueberry saya..yummy!
Bahan-bahan :
  • Tepung gandum 250 gm
  • Tepung jagung 3 sudu
  • Butter 250g
  • Telur 2 biji (kuning sahaja)
  • Gula kastor 2 sudu
  • Susu tepung 2 sudu
  • Jem blueberry
  • pewarna unggu
  • Coklat putih (untuk hiasan)
Cara-Cara :
  1. Gaul butter bersama gula. 
  2. Masukkan telur satu persatu then masukkan pewarna unggu 1 sudu.
  3. Dah sebati semuanya masukkan tepung gandum diikuti tepung jagung.
  4. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. ( Jangan terlalu keras ) nanti susah nak tekan acuan.
  5. Gentelkan jem blueberry menjadi bulat.
  6. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan memanjang.
  7. Masukkan jem ke atas doh dan gulung.
  8. Panaskan ketuhar then bakar. ( Gunakan api bawah dan atas ).
  9. Bakar selama 25 minit hingga 30 minit dengan suhu 130 darjah.
  10. Cairkan coklat putih dengan teknik "double boiler" dan uraikan mengikut citarasa anda.
Kalau tak berapa nak faham boleh tengok step dekat bawah ni :

ni step nak buat "tart blueberry".
masukkan ke dalam ketuhar :)

Uraikan coklat putih cair ke atas kuih untuk  nampak menarik.
Haaa....dah siap! senang je kan? boleh la hidangkan di hari raya nanti... :)

                  SELAMAT MENCUBA !!!


No comments:

Post a Comment