AHLAN WAHSAHLAN..

Saturday 14 November 2015

Cinta kerana nafsu atau cinta kerana Allah?


Cinta kerana nafsu atau kerana Allah? Macam mana nak tahu sejauh mana cinta kita itu? Macam mana nak tau cinta kita itu membawa ke arah baik atau buruk?
Okay, first of all kita boleh tengok macam ni...
Kalau suka seseorang, cuba jauhkan diri dari dia. Time tu baru awak boleh beza awak suka dia sebab nafsu, atau sebab Allah. Kalau suka ikut nafsu, awak tak boleh menjauh dari dia. Ada je rasa tak kena. Takut dia curang atau tinggalkan kita. Kalau awak suka sebab Allah awak akan cuba kawal perasaan. Tak contact, tak berjumpa tanpa sebab.
Lagi cuba nak jauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang satu sama lain, tapi mention nama dia dalam doa tak pernah missed sebab awak tahu hati dia Allah pegang.
Awak percaya Allah Maha Pengatur segalanya? saya percaya. Siapa kita untuk nafikan perasaan yang hadir. Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang. Rujuk pada Dia. Dia pemilik hati manusia. Cinta manusia itu tidak salah, tapi kawal lah dengan iman bukan nafsu.
Jika rindu, titipkan dalam doa inshaallah dia turut merasainya.
Saat lelaki itu sedang kerja keras untuk menghalalkanmu, saat tu juga ada wanita yang mendoakanmu agar dimudahkan urusanmu untuk menghalalkannya.
Mohon Allah jaga. Mohon Allah lindungi. Moga baik baik dalam jagaanNya.

Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu. -imam an-nawawi.


Thursday 12 November 2015

jujur aku rindu..



Jujur aku rindu,
rindu pada seorang insan yang aku cinta,
bibir mudah menafikan,
tapi hati tak pernah menipu,
itu lah hakikatnya.

Saat kau mula menjauh,
hati tertanya-tanya,
dimanakah engkau?
aku rindu,
sungguh aku rindu.

Ingin aku bertanya,
mengapa engkau menjauh?
tetapi aku tak mampu
aku takut,
takut akan kecewa dengan jawapanmu.

Daripada aku luahkan,
lebih baik aku mendiam,
biarlah rindu ini terpendam,
Daripada engkau tahu,
Aku sedang merinduimu..



Monday 24 August 2015

Cinta itu anugerah dari Allah..



Jatuh cinta itu fitrah,
Ingin bercinta itu fitrah,
Menolak cinta itu umpama menafikan fitrah ciptaan Allah,
Bercinta, ingin mencintai dan dicintai itu boleh,
Tetapi harus dengan batas-batas,
yang telah di syariatkan dalam Islam.


Bercintalah dengan penuh syariat,
Terpelihara dan memelihara,
Semua perasaan, semua nafsu dan semua niat
yang tidak elok kita mampu bendung,
Sebagaimana para nabi dan syuhada,
alim ulama dan para solihin membendungnya.


Allah memberi kita akal,
Jadi fikirkkanlah dan menilai,
Mana baik dan mana buruk.




Thursday 18 September 2014

Tabahlah wahai hati


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Tuhan kuatkanlah aku
Aku tahu kau tak akan menguji hambaMu
kiranya tidak mampu

Bertahanlah wahai hati
segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa pasti ada hikmahnya

Di setiap kali ujian menjelma
Harus ada rasa bersyukur
Itu membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Di uji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar di lalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatnya

Allah rindu mendengarnya
Doa dan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dah tabahlah menghadapi
segalanya

Tabahkanlah wahai hati
Bukan untuk hari ini saja
Tapi untuk setiap hari yang mendatang

Insyaallah....




Thursday 21 August 2014

Pendam dan terus pendam...


Aku yang mengejar bayang cinta
kian terbiar terpendam kata
tak terungkap selamanya
hanya itu yang mampu

Pedihnya hati ini
hanya Dia yang tahu
hanya aku yang merasa mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku menyatakan
lepaskanlah dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah aku sendiri
tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati lagi

maaf . . . .




Sunday 15 June 2014

Jujurlah...


Sayang,
Sering kali aku bertanya 
kenapa kau berubah
kau hanya menidakkannya
sudah bertahun 
aku mengenalimu
aku tahu
kau tidak seperti dulu

Kau yang aku kenal dulu
sentiasa megusikku
Gurau dan tawamu buatku tersenyum
Kau yang dulu
sakit dan dukaku
selalu kau ambil tahu

Tapi,
kini kau tidak lagi seperti itu
Jujurlah pada aku
jujurmu sangat bermakna bagiku
daripada kau terus diam membisu
Sepi tanpa berita
hatiku jadi sayu
hatiku kosong tanpa teguranmu

Tolonglah
aku perlukan kejujuranmu
Kau buat diriku tertanya-tanya
dimanakah hatimu yang dulu
sudah berbalik atau sebaliknya

Dulu kau selalu
tegurku jika ada silapku
selalu berikan nasihat
untuk diriku
Di kala kecewaku menjelma
Kau lah yang mampu megubati dukaku
mengapa kini tidak lagi

Aku rindukan tawamu
aku rindu usikkanmu
Aku rindu teguranmu
aku rindukan perhatianmu
Aku rindu kan belaianmu

Sayang,
salahkah aku merinduimu
salahkah aku mencintaimu
salahkah aku berharap
kau menjadi milikku

Pada yang Esa tempatku mengadu
Pada Dia tempat ku luahkan segalanya
Hanya Dia hanya Dia
ya Allah kau berikan aku kekuatan
ketabahan untuk terus bersabar
dengan segala dugaanmu...







Sunday 11 May 2014

Jangan terlalu berharap wahai hati ...


Jangan berharap pada yang belum pasti
kita tak boleh terlalu pasti
kerana kepastian hanya ada pada Allah.

Apatah lagi soal hati,
yang berbolak balik
lebih cepat daripada air mendidih

Pesan pada hati,
jangan terlalu berharap
jika tiada kepastian kerana
yang perlu kita pastikan bukan hati orang
tapi hati sendiri.

Orang yang keliru dengan perasaan sendiri,
tak mungkin boleh membahagiakan orang lain.

Andai benar ada cinta,
Allah akan tunjukkan jalan,
Andai tiada jodoh 
Allah akan tunjukkan jalan keluar.

Berharap hanya pada DIA yang kuasa,
Bukan sesama manusia.

Kadang-kadang kita tak sedar,
yang menjadi penyebab kekecewaan
bukannya orang
tetapi HARAPAN 
yang kita letakkan pada seseorang

Lalu jangan salahkan orang lain,
sebaliknya muhasabah pada diri sendiri.

Jangan terlalu berharap dalam pencarian,
Serahkan semua pada Dia yang maha Esa.

Terkesan dengan kata-kata ini ?
simpan jadi kekuatan,
kemudian senyum,
INSYAALLAH...