AHLAN WAHSAHLAN..

Thursday 20 December 2012

Rahsia wajah berseri....


Semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan, lagi-lagi pada paras rupa. Namun, tidak semua sedar bahawa amalan yang cantik akan menzahirkan rupa yang cantik! Berikut petua yang boleh kita amalkan, cantik dapat, pahala pun dapat.

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

#di gambar ni ada lagi 5 tips tambahan :')


Thursday 6 December 2012

Rindu itu datang lagi...


Cintaku
Hadirmu tanpa diundang
Siapalah aku untuk menafikan perasaan ini
Ia datang tanpa aku sedari
Entah bila ia berputik
Makin ku cuba tepis makin kuat ia hadir...


Cintaku
Semakin jauh aku mengenalimu
Semakin tidak faham aku dengan sikapmu
Sering kali aku bertanya
Siapakah aku di hatimu
Apa perasaan sebenarmu padaku
Kerana rasa rindu itu tak pernah menipu

Cintaku
Wajahmu mengusik memori indahku
Usikanmu buatku tersenyum sendiri
Suaramu terngiang dia kotak ingatanku
Apakah makna itu???


Cintaku
Rindu ini datang bila tak bersua
Sakit ini hadir tatkala ingatan menerpa
Ruang fikiranku buntu dalam kepasrahan

Cintaku
Kalaulah boleh untuk ku luahkan
Kalaulah dapat untuk ku lepas segalanya
Tersiat jiwaku menanggung ini semua
Luluhnya hati bila tak diendahkan
Pedihnya bila bersua namun tak bersuara
Bila kepastian tak kunjung tiba
Sakitnya teramat dalam

Cintaku
Ku masih ada akal yang waras
Ku masih punya maruah yang suci
Ku masih punya iman yang tinggi
Ku masih ada DIA yang sentiasa mendengar
Alhamdulillah.....
Ku masih mampu memendam sendirian
Selagi tuhan ada mendengar

Cintaku
Ku masih di sini jika diperlukanmu
Ku masih setia andai engkau menginginkanku
Kerana ku yakin dengan janji Allah
Bahagia itu pasti menghampiriku
Selagi aku redha dan tabah dengan ketentuan-Nya....






Tuesday 4 December 2012

petua hati tenang...


  • Sentiasa bersangka baik.
  • Jangan meneka apa yang kita tidak tahu.
  • Jangan telalu bimangkan perkara yang belum berlaku.
  • Buat saja appersediaannya.
  • Jangan telalu fikikan masalah.
  • Minta pendapat kawan atau orang yang banyak pengalaman.
  • Senaraikan jalan penyelesaian dan cuba selesaikan.
  • Bila hati mula tidak tenang,segera ambil wuduk,solat sunat dan sebutlah nama-nama Allah.
  • Paling kurang dengar ayat-ayat suci Al-quran kerana syaitan dan jin yang jahat sangat mudah masuk ke dalam hati manusia yang tidak tenang.
   


                  Selamat mencuba...!!! (",)

Monday 3 December 2012

Mampu lagi tersenyum walau hati " TERLUKA "...


Pedih
Hati aku luka
dengan cara paling halus
Kau tak tunjukkan
tapi benar hati aku terluka

Kau menguji bila aku tak dipeduli
Aku diam bersabar dengan penuh merintih
Bila sebenarnya aku bersedih
sungguh aku dah puas berpesan
pada hati pada diri sendiri

Jangan berharap pada yang tak sudi
Jangan menanti pada yang tak pasti
Tapi hati sebenarnya tak pernah mengerti
Selalu abaikan tiap titis air mata
Tak pernah serik dengan kekecewaan
Yang kau beri

Hakikatnya hati lebih tahu
bahagia aku dengan dia
Mungkin masanya akan
menjengah jua dengan izinyaNya
yang maha kuasa...