AHLAN WAHSAHLAN..

Saturday, 26 January 2013

Kau Sahabat Kau Teman

Kau Sahabat Kau Teman...
Lirik lagu yang memberi seribu makna dalam hidup aku...Bila dengar lagu ni mesti terkenangkan arwah ayah...AYAH..... Kaulah Sahabatku, Kaulah temanku...I LOVE YOU...MISS YOU ALWAYS....


Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

"Ayah ! Adik rindu Ayah ... Ayah sekirannya anakmu ini ada lukakan hati ayah, buat hatimu terguris tanpa anakanda sedari maafkan segala kesalahan anakmu ini ayah. Sungguh! adik sayang ayah sangat-sangat. Ayah, adik cuma dapat mengenalmu selama 17 tahun. Tapi aku tahu kau bersusah payah membesarkan adik dan along. Menggantikan mama menjaga kami selepas pemergian abah. Kau mengasihani kami seperti anakmu. Ayah, walaupun kau sepatutnya bergelar atok, kau tetap mengizinkan kami memanggilmu "ayah". Aku tahu semua ini kenapa? aku tahu kau nak kami merasai panggilan "ayah" seperti mana orang lain menyebutnya. Tapi kini kau telah pergi dari sisi kami. Namun begitu aku tidak mudah melupakanmu ayah. Namamu, kenanganmu sentiasa terpahat di hatiku. Di sini aku mendoakan kau bahagia di sana, ditempatkan di kalangan orang beriman . Berbahagialah dikau di sana AYAH . Amin.. 

Ayah terima kasih untuk segalanya ...

No comments:

Post a Comment